KERAJAAN NEGERI PERUNTUK RM600,000 BAGI JUALAN MAKMUR SEMPENA TAHUN BARU CINA DI SELURUH PAHANG

KUANTAN, 18 JANUARI 2025 : Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan RM600,000 bagi Program Jualan Makmur Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 di seluruh negeri ini.

Menurut kenyataan media oleh Exco Hal Ehwal Pengguna Dan Sumber Manusia Negeri Pahang, YB. Tuan Sim Chon Siang, ia bertujuan untuk membantu rakyat negeri ini khususnya daripada golongan B40 dalam membuat persiapan sambutan Tahun Baru Cina.

“Adalah dimaklumkan bahawa Jualan Makmur Perayaan Tahun Baru Cina 2025 Negeri Pahang akan diadakan di kesemua 11 daerah di Negeri Pahang. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Negeri Pahang, khususnya golongan B40 dalam membuat persiapan sambutan Tahun Baru Cina.

“Program Jualan Makmur ini memberi tawaran harga barangan keperluan untuk sambutan Tahun Baru Cina pada harga yang lebih murah dari pasaran. Ini juga salah satu langkah proaktif Kerajaan Negeri Pahang dalam membantu mengurangkan masalah kos sara hidup yang meningkat selain dari Jualan Rahmah Madani yang sentiasa diadakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Sebanyak RM600,000 telah diperuntukkan bagi Program Jualan Makmur Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 sebagaimana yang telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 15 Januari 2025,” katanya.

Menurut beliau, program ini juga merupakan peruntukkan yang telah diumumkan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Belanjawan Negeri Pahang 2025 di bawah Program Jualan Makmur Kluster Perayaan Peringkat Negeri Pahang dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM2.52 juta.

Beliau berkata program ini akan bermula di Pasaraya Jimat, Brinchang, Cameron Highlands pada 20 Januari ini, dan diteruskan pada 21 Januari di lokasi sama di Brinchang; Pasaraya TF Value-Mart, Jalan Tras, Bentong 2; Pasaraya TF Value-Mart, Raub; dan Pasaraya TF Value-Mart, Bera; diikuti Pasaraya BS Fresh Mart, Rompin pada 23 Januari.

Manakala bagi 24 Januari, ia akan dijalankan di Pasaraya Pantai Selamat, Teluk Sisek; Pasaraya Pantai Selamat, Indera Mahkota; Pasaraya Fresh Choice, Taman Tas; Pasaraya TMG Mart, Wisma Air Putih; Pasaraya TMG Mart One, Bentong; Pasaraya TMG Mall, Temerloh; dan Pasaraya TMG Mart, Maran.

Ia juga akan dijalankan di Pasaraya Econsave, Triang; Pasaraya Econsave, Jerantut; Pasaraya BS Freshmart, Mentakab; Pasaraya BS Freshmart, Raub; Pasaraya BS Freshmart, Kuala Lipis; dan Pasaraya BS Freshmart, Rompin pada 24 Januari.

Program Jualan Makmur Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 ini akan berakhir di Pasaraya BS Freshmart, Mentakab pada 26 Januari ini.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut