PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025 MENGIKUT KATEGORI KELAYAKAN

Bagi 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih, sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing mulai hari ini, 15 Januari 2025.

Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar bantuan SARA bagi penerima yang berdaftar di bawah eKasih sehingga RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.

Sebanyak RM100 sumbangan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.

SARA merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Penyaluran SARA yang bersasar melalui MyKad ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mengaplikasikan teknologi digital terkini bagi memudahkan akses rakyat.

Semak status kelayakan SARA mulai hari ini:

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA:

https://www.mykasih.com.my

Sumber; Kementerian Kewangan

#Belanjawan2025 #EkonomiMADANI #MADANIBekerja

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …