PENGANGGUR DISYAKI PENGEDAR DADAH DIBERKAS

Seorang penganggur yang disyaki pengedar dadah diberkas di tepi jalan Felda Pasir Besar, Gemas di sini pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 7.45 petang, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin telah menahan seorang lelaki berusia 35 tahun.

Hasil pemeriksaan di dalam beg pinggang yang dipakainya telah menjumpai (3) peket plastik lut sinar dan (1) tiub straw disyaki mengandungi dadah jenis heroin dengan anggaran berat 45.50 gram. Selain itu, (1) paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu anggaran berat 8.50 gram dan (1) peket plastik lut sinar mengandungi daun-daun kering mampat disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 3.50 gram.

Nilai rampasan keseluruhan dadah terbabit dianggarkan bernilai RM2,177.50 dan ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah jenis morphine. Semakan mendapati, suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Suspek kini direman lima hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya(ADB) 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a). Hasil soal siasat awal mendapati, dadah tersebut untuk dijual di sekitar kawasan Gemas dan Jempol.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …