BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT

Kuala Linggi – Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sebagai menyeluruh dan cakna kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Sektor pengajian tinggi antara yang menerima tempias daripada pembentangan itu apabila Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan Dermasiswa untuk pengajian Islam dalam dan luar negara, selain insentif RM1,000 untuk anak Melaka yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama.

Menurut penuntut Ijazah Sarjana Muda Perundangan Syariah Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Khairul Emir Iqmal Khairul Huda, 24, pemberian insentif Kerajaan Negeri itu sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada anak Melaka yang melanjutkan pengajian di menara gading untuk mengecap kejayaan.

“Syukur alhamdulillah kerana memudahkan urusan pelajar seperti kami. Menerusi dermasiswa dan insentif yang diumumkan, ia dapat memberi pelbagai manfaat kepada mahasiswa sepanjang tempoh pengajian,” katanya ketika ditemui pada Program Town Hall Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Bersama Mahasiswa UNIMEL Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Kuala Linggi.

Nada sama turut disuarakan Nurliyana Merhalim, 24, penuntut Ijazah Sarjana Muda Syariah UNIMEL yang menyifatkan bantuan tersebut sangat membantu mahasiswa dalam kalangan keluarga kurang mampu.

“Tidak semua daripada mahasiswa di IPT ini berasal daripada keluarga senang, jadi untuk kami penuntut yang memerlukan ini bantuan yang disalurkan memang kami akan manfaatkan sebaiknya,” ujar anak jati Ramuan China Besar itu.

Sementara itu, penuntut Diploma Perundangan Syariah UNIMEL, Muhammad Ashraf Safwan Mohd Khaleed, 21 berkata, bantuan Dermasiswa itu sangat membantunya menamatkan pengajian tanpa rasa bimbang mengenai keperluan pembelajaran.

“Sebagai pelajar yang menerima bantuan tersebut, saya dapat gunakan bantuan tersebut untuk perkara yang bermanfaat. Terima Kasih Kerajaan Negeri kerana cakna dengan mahasiswa seperti kami,” ujarnya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …