SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) BERJUMLAH RM2,100 SETAHUN KEPADA 700,000 PENERIMA MISKIN DAN MISKIN TEGAR MENERUSI MYKAD DISALURKAN BERMULA 15 JANUARI 2025

Kerajaan MADANI akan mula menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM2,100 setahun kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar menerusi MyKad bermula 15 Januari 2025.

Alhamdulillah, pertambahan hasil negara kesan reformasi kewangan dan kerja keras Kerajaan memungkinkan kadar bantuan SARA ditingkatkan daripada RM RM1,200 sebulan pada tahun lalu kepada RM2,100 tahun ini.

Penambahbaikan kepada SARA ini adalah sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah, iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras bagi membolehkan lebih banyak hasil negara dikongsikan kepada mereka yang memerlukan, selaras nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras dalam MADANI.

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …