MARITIM MALAYSIA DIPILIH PERINTIS INTEGRASI TEKNOLOGI AI DALAM PENGOPERASIAN

PUTRAJAYA: Maritim Malaysia dipilih sebagai satu daripada jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai perintis pengintegrasian teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengoperasian.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata penggunaan teknologi AI bukan sahaja akan meningkatkan keberkesanan operasi, tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam menjamin kesejahteraan negara.

Beliau berkata, AI adalah satu pendekatan baharu yang perlu diberikan perhatian oleh semua warga Maritim Malaysia, khususnya pengurusan atasan agensi ini.

“Ini kerana AI akan menjadi pemangkin kepada reformasi operasi Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan berhubung ucapannya pada Majlis Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful LizanIbrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MaritimMalaysia, Nor Hisham Ibrahim.

Dalam kenyataan sama, Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia menerima peruntukan berjumlah RM400 juta bagi tujuan pembaikan serta penyelenggaraan aset laut dan udara pada tahun ini.

Beliau turut menyatakan kepentingan hubungan strategik dengan penguat kuasa negara luar seperti Indonesia, Thailand, US Coast Guard, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Singapore Coast Guard.

“Kerjasama erat begitu penting dalam memperkukuhkan keselamatan perairan negara daripada pelbagai ancaman rentas sempadan seperti perkongsian maklumat cubaan masuk Pendatang Tanpa Izin ke dalam negara,” katanya.

Mohd Rosli berkata, 2024 juga menjadi kejayaan besar kepada Maritim Malaysia kerana dapat melakukan 544 tangkapan dengan hasil rampasan dan denda berjumlah melebihi RM100 juta.

Beliau berkata, ia sekali gus mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara sentiasa terpelihara.

“Pada tahun ini, Maritim Malaysia juga telah menerima peruntukan yang signifikan daripada kerajaan berjumlah RM400 juta bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan aset laut dan udara dalam usaha memastikan kesiapsiagaan dalam menjaga kedaulatan perairan negara,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut