112 KILOGRAM MINYAK MASAK PEKET BERSUBSIDI DISITA

KUANTAN: Sebuah restoran di daerah ini diserbu selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menerima aduan restoran itu menggunakan minyak masak peket bersubsidi dalam menjalankan perniagaan, semalam.

Serbuan yang dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa kementerian pada jam 11.42 pagi itu menemukan 112 kilogram minyak masak peket di dalam premis melebihi had simpanan yang dibenarkan.

Pengarah KPDN negeri, Jezlily Jamaluddin, berkata siasatan lanjut juga mendapati pemilik premis restoran itu mempunyai Permit Barang Kawalan Berjadual yang masih sah.

“Bagaimanapun, restoran itu hanya dibenarkan untuk membeli dan menyimpan barang kawalan berjadual bukan subsidi sahaja.

“Berikutan itu sebanyak 112 kilogram minyak masak peket bersubsidi serta dokumen perniagaan lain yang berkaitan disita untuk tujuan siasatan.

“Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 iaitu memiliki barang kawalan berjadual melebihi had yang disyaratkan,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Susulan kes terbabit, beliau berkata, kementerian itu memberi amaran keras terhadap individu atau syarikat berkaitan supaya mematuhi perundangan yang ditetapkan.

“KPDN juga mengalu-alukan maklumat daripada pengguna untuk bersama membantu menjadi mata dan telinga kementerian selaras dengan inisiatif `Kita Gempur’ iaitu pelaksanaan langkah strategik kerajaan.

“Langkah itu untuk menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang membabitkan barang kawalan serta barang kawalan bersubsidi.

“Sebarang aktiviti mencurigakan oleh peniaga boleh dilaporkan melalui pelbagai medium penyaluran aduan yang disediakan KPDN,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut

LARANGAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM DIKUAT KUASA DI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan minum minuman keras di tempat awam berserta kompaun serta-merta, dengan denda hingga RM2,000 bagi individu yang …
Maklumat Lanjut

SESI LIBAT URUS DAN KAJIAN SEMULA DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

Pada 26 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Ruang Damai Event Hall, Seremban, telah berlangsung Sesi Libat Urus & Kajian Semula …
Maklumat Lanjut