KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Ayer Keroh – Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka khususnya bagi program Pendidikan Khas.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, Kerajaan Negeri Melaka begitu komited dan bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah mentransformasi serta memperkasa Program Pendidikan Khas kepada kumpulan sasaran dalam kalangan anak-anak berkeperluan khas.

Katanya, sistem pemerkasaan Pendidikan Khas adalah satu usaha yang berterusan bagi melahirkan insan yang berkemahiran dan berkeupayaan mengurus serta menyedari potensi diri.

“Kerajaan Negeri sentiasa cakna dengan keperluan pendidikan anak-anak Melaka disebabkan itu anak-anak istimewa ini mesti diberi perhatian dan pendidikan berkualiti seiring dengan keperluan fizikal serta psikologi.

“Disebabkan itu, ruang kondusif, selesa dan selamat perlu disediakan untuk mereka ini beradaptasi dengan keperluan mereka seperti pembinaan bangunan baharu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ujong Pasir.

“Saya percaya dengan adanya kemudahan baharu ini ia akan menjadi pemangkin dan memberi limpahan manfaat dalam memperhebatkan sektor pendidikan negeri Melaka,” katanya ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyempurnakan perasmian bangunan baharu PPKI SK Ujong Pasir, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.

Menurut Rahmad, di Melaka terdapat sebanyak 148 buah sekolah yang mengendalikan program Pendidikan Khas membabitkan 62 di daerah Melaka Tengah, 48 di Alor Gajah serta 33 di Jasin.

“Sehingga Disember 2024 lalu, terdapat 5,151 murid program Pendidikan Khas termasuk 1,998 daripadanya adalah pelajar sekolah menengah.

“Selain aspek fasiliti, kepakaran daripada tenaga pengajar juga perlu dititik berat bagi memastikan segala objektif dan tujuan asal penubuhan program berkeperluan khas ini dapat dicapai.

“Besar harapan saya, agar seluruh warga pendidik di Melaka terus optimis menyediakan pendidikan yang berkualiti khususnya kepada murid berkeperluan khas,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …