TINDAKAN SEGERA PERLU DIAMBIL TERHADAP JALAN ROSAK, BERISIKO

TINJAU: Jalan runtuh di Bintuka yang memerlukan tindakan segera bagi menjamin keselamatan pengguna.

BEAUFORT: Pejabat Wakil Rakyat (PWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Beaufort dan syarikat konsesi telah melakukan tinjauan ke beberapa lokasi membabitkan jalan raya dan kemudahan awam di Lumadan yang bermasalah.

Turut menyertai tinjauan ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort di Zon Gadong dan Zon Weston melibatkan jalan raya di bawah JKR dan pihak syarikat konsesi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, terdapat beberapa jalan raya berisiko yang memerlukan perhatian segera JKR dan syarikat konsesi untuk pembaikan atau naiktaraf.

Antara masalah itu katanya, jalan rosak dan tidak selamat hingga berisiko kemalangan, jalan raya sempit, ketiadaan garisan jalan, keperluan pemasangan kalbut di beberapa lokasi serta banyak lagi.

“Selain menerima aduan daripada rakyat di DUN Lumadan, tinjauan ini juga selari dengan arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang mahu isu jalan raya rosak dan tidak selamat di Sabah, diselesaikan segera.

“Kita telah kenal pasti beberapa lokasi bermasalah antaranya lebar jalan di bawah JKR yang tidak memenuhi spesifikasi, jalan rosak dan jalan berisiko kemalangan serta keperluan penghadang banjir.

BANJIR: Jalan Suasa yang sering terputus akibat banjir antara jalan yang juga memerlukan perhatian.

“Sebagai contoh, salah satu laluan utama di Kampung Suasa ini sering terputus akibat banjir kerana berdekatan Sungai Padas menyebabkan satu tembok penghadang banjir perlu dibuat segera.

“Termasuk beberapa jalan raya yang perlu dinaiktaraf segera oleh JKR dan pihak konsesi kerana rosak teruk hingga berisiko menyebabkan kemalangan serta kerosakan kenderaan penduduk,” katanya.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, terdapat beberapa isu yang sudah disenarai untuk pelaksanaan JKR tahun ini namun pada masa sama, masih banyak keperluan yang tidak tersenarai.

Sehubungan itu, beliau telah meminta JKR Daerah Beaufort membuat satu laporan mengenai keperluan memasukkan projek-projek terlibat dalam senarai pelaksanaan untuk tahun ini.

“Saya sendiri akan bawa surat permohonan dan laporan JKR Daerah Beaufort ini kepada Ketua Menteri (Hajiji) untuk diambil perhatian sejajar dengan komitmen kerajaan negeri.

“Keselesaan dan keselamatan rakyat harus diutamakan khususnya kepentingan mereka semasa berada di jalan raya yang perlu dipastikan memenuhi standard ditetapkan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …