WANITA MAUT TERJATUH DARI ARAS TINGGI BANGUNAN DI SANDAKAN

MAUT: Polis menjalankan siasatan kejadian seorang wanita ditemukan maut dipercayai terjatuh dari aras tinggi bangunan.

SANDAKAN: Seorang wanita maut selepas disyaki terjatuh dari bangunan di Blok A Residensi Borneo Cove Jalan Buli Sim Sim Sandakan, malam tadi.

Mangsa warga tempatan berusia 47 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam daripada orang awam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, polis mendapati seorang wanita ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari bangunan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit adalah warga tempatan berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan bersamanya dan bukan penghuni di kawasan bangunan berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan rakaman litar tertutup (CCTV), mangsa dipercayai terjatuh dari aras yang tinggi blok A bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan kaki.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess Of Kent (HDOK) untuk proses bedah siasat.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL – 5 SIKAP INI SEBENARNYA TANDA BAKAT LUAR BIASA

Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar, berfikir dan mengekspresikan diri yang berbeza. Namun, tidak dinafikan ada ibu bapa yang mudah melabel …

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …