PENGHANTAR MAKANAN MENGAKU SIMPAN VIDEO, GAMBAR LUCAH

Seorang penghantar makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pilihan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya, dua tahun lalu. Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syahir Ikhwan Jamaludin, 21, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan sekiranya tertuduh gagal membayarnya. Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didapati dalam milikannya bahan-bahan lucah iaitu video lucah dan imej lucah yang disimpan dalam telefon bimbit miliknya.Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan dekat Lorong Desa 4, Taman Desa Rusa, Port Dickson kira-kira jam 2.30 petang, 3 September 2023.

Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Peguam, Joseph Mathews memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan mengambil kira faktor umur tertuduh yang masih muda dan tidak sesuai.

Tidak dinafikan apa dilakukan tertuduh adalah perbuatan tak sepatutnya dilakukan, tetapi ia telah pun berlaku. Sekiranya tertuduh dimasukkan ke dalam penjara, stigma terhadapnya sangat buruk.  Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan tahap keseriusan kesalahan dilakukan.

Pegawai Sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengemukakan laporan sosial tertuduh dan turut mengesyorkan tertuduh tidak menjalani hukuman penjara. Beliau yakin hukuman sebelum ini telah beri pengajaran berharga kepada penama (tertuduh).

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …