POLIS TAHAN DUA WANITA WARGA ASING TERLIBAT DADAH

RAMPAS: Pihak polis menahan dua wanita warga asing (tiga kiri dan tengah) atas kesalahan dadah. Gambar ihsan IPD Penampang

PENAMPANG: Polis menahan dua wanita warga asing dipercayai terlibat dengan kesalahan dadah dalam serbuan di sini pada 3 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newston berkata, kedua-dua suspek yang berumur dalam lingkungan 20an itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM3,200.

Menurutnya, antara yang dirampas termasuk lima paket plastik hitam disyaki mengandungi serbuk ekstasi seberat 166.77 gram, satu paket plastik lutsinar disyaki mengandungi pil ekstasi seberat 3.07 gram dan satu paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis ketamin seberat 1.46 gram.

“Kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis ketamin setelah ujian saringan awal air kencing dibuat.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup (30 tahun) dan hendaklah, jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 12 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

“Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Dalam pada itu, pihaknya menyarankan orang ramai supaya terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut