SEMBILAN PINTU RUMAH KONGSI PEKERJA MUSNAH TERBAKAR

MUSNAH: Satu blok rumah kongsi pekerja musnah dalam kebakaran.

TAWAU: Sekurang-kurangnya sembilan keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas satu blok rumah kongsi pekerja musnah dalam kebakaran di Jalan Pengkalan Kalabakan, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.01 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 91 Kilometer bagi menjalankan operasi pemadaman dan dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sembilan pintu dalam satu blok rumah kongsi pekerja musnah dalam kebakaran berkenaan.

“Pasukan bomba menggunakan dua aliran daripada sumber air terbuka iaitu kolam berhampiran dalam operasi yang dijalankan itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Menurutnya, semua penghuni rumah berkenaan berjaya keluar menyelamat diri dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera atau melalangan jiwa berlaku.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.47 petang,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …