PELEPASAN IMIGRESEN MENGGUNAKAN KOD QR DI KLIA

Jabatan Imigresen Malaysia ingin memaklumkan, selain Penggunaaresenn Kod QR bagi pelepasan imigresen, iaitu proses atau status pemeriksaan semula terutamanya apabila berurusan dengan dokumen atau prosedur imigresen.

Warganegara Malaysia masih boleh menggunakan kemudahan autogate konvensional mahupun kaunter manual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pasport WAJIB dibawa sebagai dokumen perjalanan utama.

Ia merupakan pengalaman baharu semua rakyat Malaysia bermula Januari tahun ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melancarkan sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR di KLIA khusus buat warganegara Malaysia.
Rabu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan kod QR khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2.
Penggunaan kod QR di balai ketibaan serta balai pelepasan KLIA T1 dan KLIA T2 itu merupakan langkah penyelesaian terhadap isu kesesakan yang sering berlaku di pintu masuk negara terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.
Antara kelebihan penggunaan kod QR ialah tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil masa singkat iaitu antara lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional.

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …