MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON KENAKAN BAYARAN MASUK MULAI 1 JANUARI

Bermula 1Januari 2025, Muzium Tentera Darat Port Dickson mengenakan bayaran tiket masuk kepada pengunjung setelah beroperasi secara percuma sejak 19 tahun lepas. Menurut notis yang dikeluarkan oleh pengurusan Muzium Tentera Darat di laman sosial Facebook, bayaran masuk bagi dewasa warganegara adalah RM2 manakala kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas dikenakan bayaran RM1. Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.

Notis itu turut memaklumkan bahawa bagi bukan warganegara, bayaran dikenakan sebanyak RM5 bagi dewasa manakala kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun, OKU dan warga emas dikenakan bayaran RM2, sementara mereka yang berumur bawah enam tahun adalah percuma.

Muzium yang mula beroperasi secara rasmi pada 28 Jun 2005 ini dibuka dari hari Rabu hingga Ahad serta cuti umum bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang dan waktu terakhir pembelian tiket adalah pada pukul 4.30 petang.

Terdahulu, Bernama melaporkan kerajaan negeri berpendapat bayaran berpatutan perlu dikenakan untuk kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat bagi menampung kos penyelenggaraan di pusat pelancongan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kedua-dua lokasi yang menjadi antara tarikan utama di Port Dickson itu masing-masing telah mencatatkan kunjungan sebanyak 154,074 dan 201,113 individu pada tahun 2024.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Doreen Wee Siew Leen, ketika dihubungi Bernama berkata Pusat Ikan Hiasan Port Dickson masih beroperasi secara percuma kepada pengunjung setakat hari ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …