ANGGOTA POLIS CEDERA DILANGGAR PACUAN EMPAT RODA LARI PEMERIKSAAN

Seorang anggota polis cedera ringan pada kaki kanan selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, dalam kejadian 1.40 pagi itu suspek yang berusia 37 tahun berjaya ditahan berdekatan persimpangan lampu isyarat Batu 1, Jalan Pantai Port Dickson selepas dikejar lima kereta peronda (MPV).

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan ini menjumpai beberapa guni kabel yang telah dibakar dan peket dadah berisi syabu dianggarkan seberat 19 gram serta ganja anggaran 55 gram dalam Mitsubishi Triton putih itu. Suspek yang beralamat di Hulu Langat, Selangor memiliki 26 rekod jenayah lampau selain ujian saringan air kencing juga positif ganja.

Suspek direman hingga 4 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307, Seksyen 379 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi lapan saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun TikTok.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut