MELAKA JADI NEGERI PERTAMA DIGITALKAN BECA

Banda Hilir – Melaka bakal menjadi negeri pertama mendigitalkan perkhidmatan beca, sekali gus memberikan identiti khas kepada pengayuh beca.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, proses pendigitalan akan dilaksanakan tahun ini melibatkan seramai 260 beca berdaftar.

“Selepas ini semua beca akan mempunyai kod QR sendiri dan menjadikan Melaka negeri pertama yang mendigitalkan perkhidmatan beca.

“Kod QR berkenaan bertujuan menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca itu sendiri,” kata Ketua Menteri ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Pengayuh Beca Negeri Melaka Tahun 2025, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri,  Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Timbalan Exco serta Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Ab Rauf berkata, inisiatif berkenaan akan menjadikan pengurusan pengkhidmatan beca menjadi lebih sistematik dan mampu mengawal kehadiran beca haram.

“Seramai 260 pengayuh beca berjaya melepasi saringan untuk mendapatkan lesen dan dengan adanya sistem baharu ini kita dapat mencegah daripada kebanjiran beca haram.

“Malah Kerajaan Negeri memberi jaminan akan sentiasa melindungi kepentingan pengayuh beca, agar punca pendapat mereka terjamin,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …