SISIPAN SEJARAH : PELANCARAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

Pada hari ini dalam tahun 1979, Etika Perkhidmatan Awam telah dilancarkan oleh YBhg. Tan Sri Abdullah bin Ayub, Ketua Setiausaha Negara. Etika Perkhidmatan Awam merupakan satu daya usaha kerajaan untuk menimbulkan kesedaran kepada kakitangan perkhidmatan awam agar dapat memberikan perkhidmatan yang jujur, cekap dan berkesan. Etika ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada kakitangan awam dalam menjalankan kerja dan tugas perkhidmatan awam. YBhg. Tan Sri Abdullah bin Ayub seterusnya menerangkan 7 teras bagi seseorang kakitangan perkhidmatan awam mencapai perkhidmatan cemerlang iaitu:

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Serentak dengan itu juga, moto perkhidmatan awam “Berkhidmat Untuk Negara” turut diperkenalkan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …