MDYP LANCAR YOK PUSING YONG PENG 2025

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor melancarkan Yok Pusing Yong Peng 2025 sempena Karnival Kita Yong Peng 2025. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#YongPeng – Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) beriltizam mempromosikan kawasan Yong Peng sebagai destinasi pelancongan menarik dan mampu meningkatkan ekonomi tempatan menerusi pelancaran Yok Pusing Yong Peng 2025.

 

Pelancaran tersebut menterjemahkan komitmen MDYP menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Johor 2026 dengan menaikkan lokasi yang berpotensi sebagai produk pelancongan di kawasan pentadbirannya.

 

Pelbagai usaha digerakkan MDYP seperti penganjuran pertandingan fotografi terbuka yang memberi peluang kepada orang awam berkongsi lokasi ‘hidden gem’, makanan, kebudayaan, dan elemen-elemen unik yang terdapat di Yong Peng.

 

Selain itu, empat teras utama menjadi panduan hala tuju kepada MDYP bagi mencapai matlamat pembangunan kawasan holistik mahupun berdaya saing iaitu bergerak ke arah bandar maju, perkhidmatan dinamik, modal insan yang berkeyakinan boleh serta prihatin dan profesional.

 

Terdahulu, pelancaran Yok Pusing Yong Peng 2025 sempena Karnival Kita Yong Peng 2025 disempurnakan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor diiringi YBhg. Tuan Haji Ahmad Nazri Rebu, Yang Dipertua MDYP di Dataran Gemilang Yong Peng.

 

Karnival Kita Yong Peng 2025 berlangsung pada 31 Disember 2024 dan 1 Januari 2025 menjadi langkah awal bagi memperkenalkan Yong Peng kepada pengunjung dalam mahupun luar serta menjadikannya sebagai destinasi wajib dikunjungi.

Sumber: Media Digital Johor

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#TepatSahihPantas
#MajuJohor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …