OP KHAS GEMPUR TEKNIKAL: 16 KENDERAAN DISITA, 17,729 DIPERIKSA – MOT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kenderaan barangan dan perkhidmatan awam disita dalam tempoh lima hari pelaksanaan Operasi Khas Gempur Teknikal dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Rabu lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, berkata semua kenderaan yang disita terdiri daripada 15 kenderaan barangan dan satu kenderaan perkhidmatan awam.

Terdahulu, katanya JPJ menerusi Operasi Khas ‘Gempur Teknikal’ bermula 25 Disember lalu, menggerakkan lebih 1,500 anggota dan pegawainya untuk melaksanakan operasi itu di seluruh negara.

“Operasi menumpukan penguatkuasaan kesalahan kenderaan

perdagangan seperti kesalahan lebih muatan, teknikal, dokumentasi, lalu lintas dan teknikal pembuatan dan penggunaan kenderaan.

“Dalam tempoh lima hari, sebanyak 17,729 kenderaan diperiksa terdiri daripada 15,770 kenderaan barangan dan 1,959 kenderaan perkhidmatan awam dengan 1,787 daripadanya diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya sepanjang lima hari operasi berkenaan dilaksanakan, JPJ mengeluarkan 1,831 notis saman JPJ (P) 22 atas pelbagai kesalahan dengan 1,708 notis saman dikeluarkan ke atas kenderaan barangan.

Mengenai 16 kenderaan yang disita, beliau berkata 12 kenderaan termasuk satu kenderaan perkhidmatan awam disita mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala empat lagi kenderaan barangan disita mengikut Seksyen 59(6) akta sama.

“Susulan beberapa siri kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya yang melibatkan kenderaan perdagangan, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPJ memandang serius trend kemalangan tersebut.

“Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan dikenakan kepada kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-kaedah di seluruh negara,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa MOT dan JPJ tidak akan berkompromi terhadap pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta 333 dan kaedah-kaedah di bawahnya, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan. Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta 715.

Katanya, tindakan yang boleh dikenakan termasuk menyita kenderaan mereka mengikut Seksyen 80 Akta 715 dan kenderaan itu turut boleh dilucuthakkan sekiranya sabit kesalahan.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …