2025: JOHOR CUTI HUJUNG MINGGU SABTU, AHAD ANTARA PERKARA BAHARU BERKUAT KUASA ESOK

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang 24 jam, bukan sahaja kalendar yang akan berubah, tetapi Malaysia juga akan menyaksikan pelaksanaan beberapa perkembangan penting yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan peribadi dan negara.

Selain perubahan dalam geopolitik, ekonomi, sosial, dan hubungan antarabangsa, beberapa dasar dan peraturan baharu akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

Pastikan anda ketahui apa yang akan berlaku bagi mengelakkan anda terlepas maklumat penting.

Antaranya, esok Malaysia secara rasmi akan mengambil alih jawatan selaku Pengerusi ASEAN, setelah Laos menyerahkan tanggungjawab berkenaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 11 Oktober lepas.

Tuan rumah lebih 300 mesyuarat

Di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat dan sidang kemuncak ASEAN sepanjang tahun, antaranya Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Johor (Februari), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Persidangan Pasca Menteri (AMM/PMC) di Kuala Lumpur (Julai), serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober.

Malaysia pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Lesen pengendali media sosial

Selain itu, beberapa undang-undang baharu akan berkuat kuasa esok termasuk penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (CASP) yang mewajibkan platform media sosial mendaftar lesen dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Keperluan ini, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna khususnya kanak-kanak dan golongan rentan serta memperkukuh kawal selia terhadap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.

Bermula esok juga, premis dobi dan bangunan tempat kerja tersenarai dalam kawasan larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lepas.

Hal ini menjadikan sebanyak 28 kawasan diwartakan sebagai tempat larangan merokok termasuk hospital, klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berpenyaman udara, lapangan terbang, premis kerajaan, institusi pendidikan, kawasan taman asuhan kanak-kanak, kompleks beli-belah, stesen minyak, perpustakaan, stadium dan banyak lagi.

Individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan itu akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.

Selain itu, penjaja dan peniaga berlesen wajib membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bermula esok bagi menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.

Langkah mandatori itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Penjaja Atau Peniaga) 2024 yang diwartakan pada 30 Ogos melalui PU (A) 229 dan berkuat kuasa pada 1 September lepas.

Dari segi pengangkutan, kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400, dijangka memanfaatkan kira-kira 60,000 mahasiswa yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik. Mahasiswa boleh membuat semakan bermula esok melaluiย https://subsidiudara.mot.gov.my/.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula akan melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur, untuk menyokong inisiatif ekonomi digital negara.

Bermula esok, semua taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwajibkan untuk memaparkan plak nombor pendaftaran di premis masing-masing bagi memberi keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska terbabit.

Kriteria baharu pengecualian audit penyata kewangan untuk syarikat persendirian juga akan berkuat kuasa esok, selaras dengan komitmen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi meningkatkan kualiti pengauditan dan mengurangkan beban pematuhan yang dihadapi oleh syarikat persendirian.

Johor kembali cuti hujung minggu Sabtu, Ahad

Selain itu, bermula 1 Januari 2025 Johor akan kembali melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad susulan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada 7 Okt lepas, dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Hal ini menjadikan negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Musa Aman jadi Yang Dipertua Negeri Sabah

Sabah pula bakal menyaksikan bekas Ketua Menteri negeri itu Tun Musa Aman memulakan tugas sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11, menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang tamat tempoh perkhidmatannya pada hari ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011.

Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Musa, 73, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga pada 17 Dis lepas, selain turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut