‘LUKA’ LAMA BELUM SEMBUH, PENDUDUK KELANTAN DILANDA BAH SEKALI LAGI

Penduduk di Tanah Merah, Kuala Krai, dan Machang terpaksa menghadapi banjir sekali lagi, hanya beberapa waktu selepas bencana gelombang pertama dan kedua.

Banjir kali ini menjejaskan usaha mereka untuk membina semula kehidupan dengan air naik dengan pantas, menyebabkan banyak barang dan dokumen penting musnah.

Suhardi Aziz dari Tanah Merah mengadu bahawa rumahnya yang baru sahaja dibersihkan akibat banjir sebelumnya kini dinaiki air lagi, sementara Yaseer Abdullah dari Machang berkata usaha membersihkan rumahnya terhenti apabila air naik kembali.

Di Kuala Krai, Nik Sofia Nuranis Nik Ismail juga mengalami kerosakan akibat banjir, meskipun sempat memindahkan beberapa barang.

Selain itu, hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di Kampung Nganga, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …