PENIAGA RUGI RM117,000 KENA TIPU SKIM PELABURAN TAK WUJUD

KUANTAN: Seorang peniaga berusia 67 tahun dari Temerloh rugi RM117,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam laporan diterima polis semalam, mangsa menjelaskan, pada 8 November lalu, dia ditawarkan menyertai skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Suspek juga mendakwa dia berjawatan tinggi dalam Bursa Saham dan menyatakan tiada cukai pelaburan dikenakan sekiranya menyertai pelaburan pada hari berkenaan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata mangsa kemudian membuat sembilan transaksi wang simpanannya ke lapan akaun bank berlainan yang keseluruhannya berjumlah RM117,000.

“Mangsa mula menyedari ditipu apabila gagal berhubung dengan suspek dan tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan sebelum menyertai sebarang pelaburan dalam talian untuk mengelak menjadi mangsa penipuan dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan menjanjikan keuntungan lumayan.

Semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima boleh dibuat di pautan https://semakmule.rmp.gov.my.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …