PENDUDUK KUANTAN SIAP SEDIA HADAPI BANJIR KALI KEDUA

KUANTAN: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di daerah ini bersiap sedia menghadapi banjir kali kedua yang dijangka berlaku berikutan hujan berterusan sejak malam tadi.

Beberapa kampung dan taman perumahan yang terletak berhampiran dengan Sungai Belat, Sungai Seri Damai dan Sungai Jaya Gading berisiko diancam banjir.

Penduduk Kampung Sungai Belat, Jalan Kuantan-Pekan, Maznah Sulaiman, 71, berkata seolah hidup mereka tidak lengkap jika tidak berpeluang berdepan banjir setiap tahun yang berakhir dengan episod kami sekeluarga terpaksa berpindah.

Menurutnya, kedudukan rumahnya yang terlalu hampir dengan Sungai Belat menjadi antara faktor mereka menjadi mangsa banjir berlaku setiap tahun.

Menurutnya, faktor hujan lebat secara berterusan dan fenomena air pasang besar turut menyebabkan banjir berlaku hingga memaksa penduduk setempat berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

“Awal bulan ini banjir berlaku dan tidak mustahil banjir berlaku sekali lagi selepas hujan berterusan sejak malam tadi. Paras air Sungai Belat sudah mula naik.

“Belum sempat berkemas barangan dalam rumah selepas banjir sebelum ini, banjir dijangka sekali lagi berlaku. Inilah nasib penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan hampir dengan Sungai Belat,” katanya, di sini hari ini.

Dia berkata, sejak lebih 50 tahun tinggal di Kampung Sungai Belat hampir setiap tahun berhadapan dengan banjir sekali hingga dua kali, sudah menjadi lumrah rumah ditenggelami air pada akhir tahun.

Maznah berkata, disebabkan setiap tahun rumahnya ditenggelami banjir menyebabkan dia sekeluarga tidak lagi berminat menyediakan perabot dan barangan tertentu kerana pasti rosak apabila ditenggelami air.

Semalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di tiga daerah di Pahang susulan amaran hujan berterusan tahap waspada bermula hari ini dan Isnin.

Menurut hebahan, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

JPS memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka membabitkan daerah Kuantan yang mengakibatkan limpahan aliran di Lembangan Sungai Pahang, Lembangan Sungai Kuantan, Lembangan Sungai Cherating dan Lembangan Sungai Ular.

“Lembangan Sungai Pahang itu meliputi Sungai Lepar, Alur Sungai Belat, Parit Chendering, Parit Jawa, Parit Rangin, Sungai Galing, Sungai Jelai, Sungai Kenau, Sungai Lepar, Sungai Penor, Sungai Pinang, Sungai Soi dan Sungai Terus.

“Lembangan Sungai Kuantan pula membabitkan Sungai Lepar, Sungai Penor, Sungai Rangin, Sungai Tiram dan Sungai Kenau,” katanya

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …