BANJIR: MANGSA BERTEDUH DI PPS BERTAMBAH DI KELANTAN, TERENGGANU

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 882 mangsa pagi ini berbanding 651 orang malam tadi.

Semua mangsa membabitkan 267 keluarga itu ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pagi ini, hanya tiga daerah dilanda banjir iaitu Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Tanah Merah merekodkan mangsa paling ramai iaitu 633 mangsa membabitkan 208 keluarga yang berada di 13 PPS.

Kuala Krai pula merekodkan 165 mangsa membabitkan 38 keluarga dan Machang mencatatkan 84 mangsa daripada 21 keluarga.

Besut daerah kedua dilanda banjir, mangsa di Hulu Terengganu meningkat

Sementara itu di TERENGGANU, Besut menjadi daerah kedua banjir selepas Hulu Terengganu. Menurut Sekretariat JPBN Terengganu, jumlah mangsa meningkat kepada 534 daripada 155 keluarga setakat jam 12 tengah malam tadi.

Sebanyak 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka iaitu 11 di Hulu Terengganu menempatkan 400 mangsa daripada 107 keluarga, manakala empat di Besut menempatkan 48 keluarga membabitkan 134 mangsa.

Empat PPS di Besut mula dibuka antara jam 6 petang hingga 7.30 malam tadi manakala di Hulu Terengganu, 11 PPS dibuka.

Walaupun hujan mulai reda di sesetengah tempat, peningkatan mangsa banjir adalah disebabkan limpahan air daripada hulu.

sumber: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …