Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan mulai 29 Disember.
Jajahan yang terlibat termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, dan Jeli.
Banjir dijangka melibatkan lembangan sungai utama seperti Sungai Golok, Sungai Kelantan, Sungai Pengkalan Nangka dan Sungai Semerak di kawasan berkenaan.
JPS akan terus memantau keadaan dan mengemas kini amaran banjir jika hujan signifikan berterusan.
Semua agensi pengurusan bencana dan penduduk diminta untuk berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.
Sumber: Bernama