PGA RAMPAS PRODUK KOSMETIK BERNILAI LEBIH RM100 RIBU

Pada 21 Disember 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan produk kosmetik di Pengkalan Epek, Rantau Panjang dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan.

Rampasan dilakukan sekitar jam 7.30 malam apabila anggota PGA menemui beberapa kotak di kawasan pengkalan haram.

Pemeriksaan mendapati kotak tersebut mengandungi pelbagai produk kosmetik yang disyaki diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah, dengan nilai rampasan anggaran RM110,880.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …