MEDEVAC UNIT UDARA JBPM BANTU KANAK-KANAK ORANG ASLI KE HOSPITAL

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan Medical Evacuation (Medevac) bagi membawa kanak-kanak Orang Asli dari Kampung Dakoh, Pos Balar ke Hospital Gua Musang.

Pesakit, Hisyam Roday dua tahun mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit serta muntah yang berlarutan sudah enam hari.

Penolong Penguasa Bomba Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Mohd Rizzan Jafri berkata pesakit bersama pengiring dibawa menaiki pesawat Agusta Westland 139 (AW139).

Katanya, pesawat berlepas dari pangkalan pada jam 12.35 tengah hari dan tiba di Kampung Dakoh, Pos Balar pada jam 1.35 tengah hari.

“Sejurus tiba di penempatan Orang Asli terbabit pesakit bersama kedua ibu bapanya di bawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang utuk dihantar ke hospital Gua Musang.

“Pesakit diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudah sedia menanti di sana dengan menggunakan ambulans,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Rizzan berkata, operasi diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba, Sharizal Sahari, bersama empat lagi kru penerbangan.

“Alhamdulillah, pesawat selamat mendarat di Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, pada jam 2.52 petang,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut