PEKAN, 20 DISEMBER 2024 : Sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang dapat meringankan beban kewangan bagi memulakan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada penerima.
Menurut Encik Muhammad Naqib Muhammad Nizam, 21, berkata sumbangan yang diterima inj dapat digunakan bagi membayar yuran pengajiannya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
“Saya rasa sangat bangga dan bersyukur terima bantuan ini kerana bantuan ini dapat meringankan beban saya untuk bayar yuran belajar saya di UMT.
“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri terutama Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy kerana memberi sumbangan ini kepada saya,” kongsi penuntut ijazah jurusan perniagaan tahun pertama tersebut.
Sementara itu, menurut Puan Siti ‘Aisah Othman berkata sumbangan kewangan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi membeli keperluan bagi ibunya yang uzur amat dihargai.
“Terima kasih kepada Dato’ Mohd. Nizar dan Kerajaan Negeri Pahang kerana memberi sumbangan bantuan untuk pembelian lampin pakai buang untuk ibu saya, Aminah Ithnain.
“Semoga dengan sumbangan ini dapat memudahkan saya menguruskan pembelian bagi kegunaan ibu saya yang mengalami sakit jantung dan paru-paru berair sejak 2015,” katanya.
Seramai 50 penerima di daerah ini telah menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang yang disampaikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib di Kediaman Seri Kenangan.
SUMBER: PAHANGMEDIA