‘TUAH’ BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

Ayer Keroh – Johan Cabaran Joran Melaka 2024 menganggap kemenangannya sebagai  rezeki anak kedua yang bakal lahir pada Februari tahun hadapan.

Mohd Qamarul Anuar Abd Latif, 37, berasal dari Selandar dinobatkan Juara Cabaran Joran Melaka 2024 yang membawa pulang wang tunai RM7,000.

Jelas Mohd Qamarul Anuar, dia yang hanya menggunakan cacing sebagai umpan tidak menyangka tuah berpihak padanya.

“Alhamdulillah, kemenangan ini saya anggap rezeki anak kedua saya yang bakal lahir tahun depan apabila menang ‘tipis’ dengan tangkapan ikan keli seberat 2.66 kilogram (kg).

“Ini merupakan kemenangan ketiga pada tahun ini selepas kali terakhir tiga bulan lalu saya turut membawa pulang hadiah kemenangan RM20,000 pada pertandingan memancing di Negeri Sembilan.

“Minat terhadap memancing ini memang tinggi, memandangkan saya juga pengusaha ikan air tawar di Selandar jadi sedikit sebanyak ‘reti untuk tackle’ ikan air tawar,” jelasnya ketika ditemui pada Cabaran Joran Melaka 2024.

Sementara itu, Naib juara menjadi milik Khairil Azhar Johan, 42, dari Duyong selepas berjaya

menjinakkan ikan keli seberat 2.44 kg untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Pemenang tempat ketiga membawa pulang RM1,000 pula menjadi milik Adnan Md. Isa, dari
Pengkalan Minyak apabila berjaya menaikkan ikan keli seberat 2.34 kg.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron di Tasik Ayer Keroh.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …