750 SERTAI CABARAN JORAN MELAKA 2024, TASIK AYER KEROH ‘PORT BAHARU’ MEMANCING

Ayer Keroh – Seramai 750 peserta menyertai pertandingan memancing pada Cabaran Joran Melaka 2024 sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Tasik Ayer Keroh, di sini, semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata penganjuran pertandingan tersebut dilihat mampu menaikkan lagi potensi Tasik Ayer Keroh sebagai lokasi pelancongan riadah.

Katanya, program anjuran bersama MPHTJ yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu turut menerima penyertaan kaki pancing dari Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

“Hadiah yang ditawarkan pada Cabaran Joran Melaka 2024 ini berupa wang tunai bermula tempat pertama hingga ke 100. Juara membawa pulang wang tunai RM7,000; tempat kedua RM 2,000 dan ketiga RM1,000.

“Sebenarnya kita menerima banyak penyertaan saat akhir, ramai juga yang minta untuk masuk namun lokasi sekitar ini terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah Cabaran Joran Melaka 2024 di Tasik Ayer Keroh.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata pihaknya menerima banyak cadangan daripada peserta untuk laksana pertandingan seumpama ini pada tahun hadapan.

“Pada tahun 2025, kita akan merancang untuk laksana program memancing berskala besar.

“Melihat ramai peserta teruja, boleh dikatakan ramai yang baharu tahu Tasik Ayer Keroh ini dibenarkan memancing dan mungkin ia akan jadi ‘port mancing’ terbaharu dalam negeri,” ujarnya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …