INDEKS PEMBANGUNAN RAKYAT MALAYSIA

INDEKS PEMBANGUNAN RAKYAT MALAYSIA, 2023

Siaran Terkini : 11 Disember 2024

Pengenalan

Indeks Pembangunan Rakyat Malaysia (MHDI) merupakan indeks yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi menilai tahap pembangunan manusia yang merupakan kriteria utama dalam mengukur kemajuan sesebuah negara selain daripada aspek ekonomi. MHDI meliputi tiga dimensi iaitu umur yang panjang dan kehidupan yang sihat; akses kepada pengetahuan dan taraf hidup yang baik.

Prestasi MHDI

Prestasi skor MHDI pada 2023 berada di tahap sangat tinggi dengan skor 0.816. Analisis mengikut indeks dimensi menunjukkan skor indeks tertinggi yang dicatatkan pada tahun 2023 adalah Indeks Pendapatan Negara Kasar (PNK) dengan skor 0.872 (2022: 0.872) diikuti oleh Indeks Jangkaan Hayat dengan skor 0.826 (2022: 0.823) dan Indeks Pendidikan dengan skor 0.754 (2022: 0.757). Kesemua indeks berada pada tahap pembangunan yang sangat tinggi kecuali Indeks Pedidikan di tahap pembangunan tinggi.

Jadual 1: Indeks Pembangunan Rakyat Malaysia, 2022 dan 2023

Prestasi MHDI Mengikut Negeri

Lapan negeri berada di tahap pembangunan sangat tinggi pada 2023. Negeri yang mencatatkan skor MHDI tertinggi adalah W.P. Kuala Lumpur* dengan skor 0.890. Ini diikuti W.P. Labuan (0.843), Pulau Pinang (0.839), Selangor (0.837), Melaka (0.822), Negeri Sembilan (0.820), Sarawak (0.813) dan Pahang (0.801). Manakala, negeri yang berada pada tahap pembangunan tinggi ialah Johor (0.796), Perak (0.790), Terengganu (0.782), Kedah (0.770), Perlis (0.770), Sabah (0.766) dan Kelantan (0.755).

Carta 1: Indeks Pembangunan Rakyat Malaysia mengikut Negeri, 2022 dan 2023

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …