CUTI TAHUN BAHARU

Cuti Tahun Baharu merujuk kepada cuti umum yang diraikan pada tanggal 1 Januari setiap tahun. Tarikh itu diiktiraf pelbagai negara sebagai hari untuk meraikan permulaan baru sekali gus menjadikannya relevan bagi hubungan antarabangsa, perdagangan dan pentadbiran. Memandangkan banyak kerajaan memilih untuk menjadikannya sebagai cuti umum, maka Malaysia juga tidak terkecuali memilih 1 Januari sebagai cuti umum rasmi yang bakal disambut pada hari Rabu bagi tahun 2025.

Bagaimanapun, terdapat negeri-negeri yang tidak mengisytiharkan 1 Januari setiap tahun sebagai cuti umum. Lima (5) negeri yang tidak mengambil cuti umum pada tarikh tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perlis. Difahamkan, negeri-negeri ini mempunyai keutamaan budaya dan wilayah yang unik bagi membentuk jadual cuti umum mereka. Kelantan dan Terengganu misalnya, yang menggunakan Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu, sering mengutamakan cuti berkaitan tradisi Islam, adat resam dan budaya tempatan berbanding acara global seperti Hari Tahun Baharu.

Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, ada antara negeri berkenaan tetap menganjurkan sambutan ambang tahun baharu di negeri masing-masing. Aktiviti seperti festival makanan, solat hajat, doa selamat, majlis keagamaan serta pertunjukan bunga api di tempat-tempat ikonik atau kawasan rekreasi, konsert dan persembahan muzik sering dianjurkan bagi memberi peluang masyarakat setempat menikmati suasana malam tahun baharu dengan meriah.

Sumber: Sinar Bestari

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut