CULAS BAYAR SEWA, MBS TANGGAL PINTU 3 RUMAH PPR

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menggunakan pendekatan berbeza dengan menanggalkan tiga pintu di kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kendaliannya yang dihuni penyewa culas.

Menurut Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali, tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan sewa RM15,000 ke atas. Tindakan itu diambil susulan operasi tunggakan sewa yang dijalankan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi atau dikenali PPR Paroi yang turut dibantu anggota Balai Polis Paroi.

Mengulas lanjut, katanya MBS sentiasa memberi peluang dan membantu pelbagai kaedah supaya penyewa yang mempunyai tunggakan dapat menjelaskan bayaran sewa.

Ini termasuk melaksanakan aku janji antara penyewa yang mempunyai tunggakan melebihi RM15,000 ke atas untuk menjelaskan bayaran tunggakan secara ansuran bermula Januari tahun lalu.

Namun penyewa masih gagal mematuhi perjanjian itu sehingga MBS mengeluarkan Notis Penamatan Perjanjian melalui surat bertarikh 30 November lalu. Susulan itu, MBS mengambil tindakan menanggalkan pintu di tiga rumah terbabit supaya mereka segera menjelaskan tunggakan.

Bagaimanapun, MBS masih membenarkan penyewa yang mempunyai tunggakan sewa untuk tinggal di rumah berkenaan buat sementara waktu. MBS akan meneruskan operasi secara berkala dan meminta penyewa di rumah PPR Paroi dan PPRT Lobak menjelaskan bayaran sewaan mengikut masa ditetapkan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …