DUA SYARIKAT PERLOMBONGAN DI GUA MUSANG DIARAH HENTI KERJA SERTA-MERTA

Dua syarikat iaitu Aqua Orion Sdn Bhd dan Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd, diarah menghentikan kerja perlombongan di Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan, selepas didapati menyebabkan pencemaran.

Arahan ini dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Siasatan mendapati Aqua Orion menjalankan aktiviti tanpa kelulusan sementara Syarikat Perlombongan Gua Musang tidak beroperasi.

JAS akan memastikan pematuhan syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dan memantau tapak projek secara berterusan dengan tindakan perundangan diambil jika terdapat ketidakpatuhan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …