JPS RANGKA PELAN PEMULIHAN RUNTUHAN TEBING SUNGAI KELANTAN

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan sedang merangka pelan tindakan untuk memulihkan hakisan tebing Sungai Kelantan sepanjang 70 meter di belakang kondominium Pelangi Mall.

Lawatan di lokasi telah dilakukan oleh JPS bersama agensi lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk menilai situasi terkini dan memastikan pemulihan dijalankan dengan cekap.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan tersebut sehingga kerja-kerja pemulihan selesai.

Runtuhan tebing itu dilaporkan berlaku pada Isnin dan pihak polis telah memasang pita keselamatan untuk menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan berisiko.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …