POLIS RAMPAS 224 MESIN JUDI BERNILAI LEBIH RM500,000

Polis merampas 224 mesin simulator yang dipercayai akan dipasarkan bagi tujuan kegiatan judi bernilai kira-kira RM560,000 di sebuah premis di Kampung Baru Rasah, dekat sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, mesin simulator yang dirampas dalam serbuan pada jam 4.30 petang itu terdiri daripada 140 unit mesin slot, 83 mesin permainan ‘tembak ikan’ dan satu mesin permainan ‘street fighter’.

Susulan itu tiga lelaki berumur sekitar 30-an ditahan bagi membantu siasatan, termasuk seorang warga China yang didapati tiada permit kerja yang sah. Seunit mesin ini dijual dengan harga RM2,500, risikan bagi kes ini dilakukan kira-kira tiga minggu, premis ini juga dipercayai menjual peralatan khemah. Suspek mengiklankan penjualan mesin berkenaan di aplikasi Wechat dan Facebook.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut