Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengumpul maklumat mengenai kerugian akibat banjir yang melibatkan premis bangunan dan kediaman.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata setakat ini, kementerian masih mengumpul data mengenai kerosakan dan memerlukan rekod yang sahih untuk penilaian.
Aiman juga mengingatkan penduduk di kawasan rendah, terutama di Kuala Krai, untuk berwaspada kerana dijangka mengalami banjir antara hari ini hingga Jumaat dan agar mereka berpindah lebih awal jika perlu.
Sumber: Harian Metro