EJEN SELUDUP MIGRAN DITAHAN, CUBA RASUAH RM50,000 LEPASKAN DIRI

Empat lelaki ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam cubaan menyeludup 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri Kelantan pada Op Taring Wawasan.

Tangkapan dilakukan di Jalan Sri Cemerlang dan tepi jalan besar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

Dalam operasi itu, tiga tekong dan seorang ejen tempatan berusia 24 hingga 32 tahun turut ditahan.

Ejen tersebut cuba merasuah pihak berkuasa dengan menawarkan RM50,000, tetapi usaha tersebut digagalkan.

Barangan yang dirampas termasuk tiga kenderaan, lapan telefon bimbit, dan wang tunai. Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …