SEMBILAN TAPAK STESEN PEMANCAR KOMUNIKASI TERJEJAS AKIBAT BANJIR DI PAHANG PULIH SEPENUHNYA

RAUB, 6 DISEMBER 2024 : Sembilan tapak stesen pemancar komunikasi negeri ini yang terjejas akibat banjir baru-baru ini kini telah pulih dan kembali beroperasi sepenuhnya.

Sembilan tapak pemancar komunikasi berkenaan enam darinya adalah di daerah ini dan tiga darinya di Temerloh.

Timbalan Menteri Komunikasi, YB Puan Teo Nie Ching berkata, Kementerian Komunikasi akan terus meningkatkan usaha bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet di negeri yang dilanda bencana banjir berada pada tahap terbaik.

Katanya, antara inisiatif yang diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah dengan menaikkan platform setinggi tiga meter bagi memastikan menara komunikasi di kawasan terjejas masih mampu beroperasi dengan baik.

“Hingga Oktober ini, sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah siap diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi yang lokasinya telah dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.

“Kalau di Pahang kita ada 110 tapak pemancar yang telah diperkasakan dan yang paling banyak adalah di Kelantan iaitu sebanyak 164 dan ini adalah lokasi yang telah dikenapasti sebagai kawasan panas,” katanya ketika melakukan lawatan ke tapak menara komunikasi yang telah diperkasakan di Kampung Tanjung Putus, di sini hari ini.

Lawatan berkenaan turut disertai Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal.

Tambahnya lagi, menara komunikasi di kampung Tanjung Putus berkenaan yang telah mula beroperasi pada 23 Ogos tahun lalu itu kerap dinaiki air ketika musim banjir.

Katanya lagi, ketika banjir Monsun Timur Laut (MTL) gelombang pertama yang melanda negara baru-baru ini, sebanyak 323 stesen pemancar komunikasi telah terjejas dan 267 darinya telah pulih dan kembali beroperasi.

“Manakala 56 stesen pemancar masih belum beroperasi berpunca daripada akses jalan yang masih dinaiki air, bekalan elektrik yang terputus dan sebagainya.

Beliau dalam pada itu juga memberitahu, antara inisiatif lain telah diambil MCMC bagi menambah baik perkhidmatan semasa musim banjir adalah dengan pemasangan WiFi percuma di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) oleh penyedia perkhidmatan.

“Sebanyak 18 WiFi percuma dipasang di PPS negeri Kelantan dan lima lagi di PPS negeri Terengganu. Pahang masih tidak memerlukan pemasangan WiFi percuma kerana perkhidmatan komunikasi di Pahang masih baik,” katanya.

Selain dari itu tambahnya lagi, inisiatif lain yang diambil MCMC adalah dengan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan untuk melakukan hebahan awal bencana melalui sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS).

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut