TINDAKAN MBS TERHADAP PENJAJA IKUT UNDANG-UNDANG – DATUK BANDAR

Tindakan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menjalankan penguatkuasaan terhadap penjaja dengan merampas barangan mereka adalah berdasarkan undang-undang sedia ada. Menurut Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali, ia selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, parit dan Bangunan 1974, Undang-Undang Kecil Penjaja 1980 dan mematuhi Prosedur Operasi Standard MS ISO 9001:2015

Setiap perniagaan dalam kawasan pentadbiran MBS perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, termasuk aktiviti penjaja. Langkah ini adalah bertujuan untuk membendung pelbagai isu antaranya, isu keselamatan makanan risiko penyedia makanan dan pencemaran makanan yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan keselamatan pengguna jalan raya seperti pelanggan pandu lalu serta isu landskap dan imej bandaraya. Selain itu, ia juga membabitkan isu berniaga di lampu isyarat atau laluan keluar atau masuk simpang yang membahayakan pengguna jalan raya akan menyebabkan masalah parkir kenderaan yang boleh menyebabkan gangguan lalu lintas serta berisiko kemalangan.

Bagaimanapun terhadap beberapa prosedur penguatkuasaan penjaja tanpa lesen yang tidak melibatkan isu keselamatan antaranya notis bertempoh kepada pemilik perniagaan namun penerima notis boleh memohon rayuan lanjutan tempoh dan notis Kompaun kepada pemilik yang tidak mematuhi notis bertempoh namun penerima kompaun boleh membuat rayuan bagi jumlah kompaun. Sitaan terhadap barang yang ditinggalkan di tempat awam selepas tamat perniagaan namun pemilik boleh membuat rayuan untuk mendapatkan semula barang-barang yang disita. Kerajaan negeri melalui MBS sentiasa berusaha menyampaikan perkhidmatan berkualiti bagi meringankan kesejahteraan warga bandar raya Seremban termasuk aktiviti penjaja seperti menyediakan tapak penjaja baharu, bantuan kewangan kepada penjaja yang layak, menyediakan kiosk di lokasi terpilih dan mengecualikan caj bayaran lesen untuk tempoh tertentu.

Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MBS bertanggungjawab memastikan undang-undang dan peraturan dipatuhi demi kesejahteraan seluruh warga bandar raya Seremban tanpa mengecualikan mana-mana pihak. MBS meminta warga bandar raya Seremban yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan atau cadangan boleh mengemukakan melalui SISPAA MBS mbseremban.spab.gov.my atau muat turun secara percuma Aplikasi Respons Rakyat atau boleh juga hubungi terus di talian 06-7654444.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut