GAJAH JANTAN MEKNA BERJAYA DIPINDAHKAN KE TAMAN NEGARA TERENGGANU

JERANTUT: Unit Tangkapan Gajah (UTG), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang berjaya menangkap dan memindahkan seekor gajah jantan dewasa yang dianggarkan berusia 40 tahun di Kampung Som dekat sini, hari ini.

Ketua Operasi UTG, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Mohamad Zainuddin Busrah, berkata, PERHILITAN menerima aduan daripada penduduk Kampung Som dan Kampung Baharu sejak 2021 mengenai kelibat haiwan itu yang berkeliaran, menceroboh kebun dan memusnahkan tanaman serta menghampiri rumah penduduk.

“Kakitangan UTG Kuala Gandah bersama PERHILITAN melakukan pemantauan secara berkala mulai tahun lalu sehinggalah berjaya mengesan dan menangkap gajah jantan yang dipanggil Mekna yang dianggarkan seberat empat tan untuk dipindahkan ke Taman Negara Terengganu, hari ini.

“Gajah liar itu berketinggian 2.7 meter dan besar tapak kaki 46 sentimeter dan kami mengambil masa hampir empat jamuntuk dinaikkan haiwan ini di atas lori khas, membabitkan 22 kakitangan UTG dan PERHILITAN, ” katanya selepas selesai melakukan proses pemindahan gajah liar itu di Kampung Som, hari ini.

Mohamad Zainuddin berkata, UTG dan PERHILITAN mula melaksanakan operasi tangkapan sejak bulan lalu apabila gajah jantan itu kerap menceroboh tanaman dan menghampiri kediaman penduduk di Kampung Som dan Kampung Baharu daerah ini.

“Operasi tangkapan haiwan liar ini dibantu oleh gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, iaitu Abot dan Rambai.

“Penangkapan gajah ini dapat melegakan penduduk di kawasan ini, sekali gus bagi mengelakkan kerugian berterusan berikutan kemusnahan tanaman dan harta benda akibat konflik haiwan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Som, Rafiz Azuan Ahmad, 49, berkata, penangkapan gajah jantan liar itu melegakan sedikit penduduk setempat kerana haiwan liar itu yang dikenali dalam kalangan penduduk sebagai ‘Yang Som’ sangat agresif dan membahayakan keselamatan pendudukan.

“Yang Som kerap kali menghampiri rumah penduduk di Kampung Bharu dan Kampung Som untuk mencari makanan terutama di waktu malam.

“Tangkapan Yang Som ini, saya anggap ia sebagai penyelesaian sementara kerana masih ada lagi kumpulan haiwan ini antara lapan hingga 10 ekor dan masih berkeliaran dan merayau di Hutan Simpan Som yang kerap keluar memusnahkan tanaman penduduk,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut