𝐊𝐞𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐝𝐞𝐧𝐭𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧.
Pada permulaan Kesultanan Kelantan, tanjak bukanlah identiti utama; sebaliknya, Destar Berbulan menjadi ciri khas kerabat diraja, sementara rakyat mengenakan semutar.
Destar ini dipercantik dengan bunga emas, kerongsang, jurai, dan sunting malar, membezakan tahap darjat Putera atau Sultan yang memakainya.
Kesultanan Kelantan zaman dahulu memiliki Putera & Puteri pangkat pertama dan kedua, dengan Destar dan Pemeleh/Gandik membezakan pangkat ini.
Putera Pangkat Pertama ditandai dengan Destar berpemeleh.
Setelah tanjak Getam Budu muncul, Destar ini hanya digunakan pada perkahwinan dan majlis adat, namun kini telah ditinggalkan, mungkin kerana bertentangan dengan norma Islam dalam pemakaian.
Sumber: ProjekTravel