NEGERI SEMBILAN SALUR RM1,000 KEPADA KIR, RM500 CALON SPM TERJEJAS

Kerajaan Negeri Sembilan akan menyalurkan sumbangan bernilai RM1,000 kepada lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir minggu lalu.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, ketua isi rumah berkenaan juga akan menerima sumbangan RM1,000 yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan melalui bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di seluruh negara. Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang diadakan bersetuju untuk meluluskan sumbangan tersebut termasuk RM500 kepada 40 orang calon SPM yang terlibat dan telah berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas di negeri ini.

Sumbangan tersebut membabitkan peruntukkan hampir RM1 juta dan akan diagihkan kepada setiap KIR yang berpindah ke PPS dan mengikut syarat ditentukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Dalam pada itu, setiap kerosakan yang berlaku akibat banjir akan diperbaiki segera bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku. Tembok penahan banjir di Sungai Kelamah, Gemas yang pecah akan dibaiki segera, termasuk membaik pulih jambatan-jambatan yang terputus akibat banjir. Sekiranya ada gelombang kedua pihaknya telah bersedia, malah akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama untuk menangani bencana banjir, selain akan menambah baik beberapa perkara yang akan dibincangkan kemudian.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …