PARAS SUNGAI MENINGKAT, JPS RAMAL 11 KAMPUNG DI JERANTUT BERISIKO BANJIR

KUANTAN: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir membabitkan 11 kampung di sekitar Jerantut, dekat sini.

Ia membabitkan Kampung Kuala Retang, Kampung Sepial, Kampung Tanjung Bungor, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Bantal Seberang, Kampung Batu Balak, Kampung Keluang, Kampung Sungai Yap, Kampung Kuala Retang, Kampung Pasir Durian dan Kampung Doja.

Melalui kenyataan dikeluarkan, katanya banjir dijangka berlaku di 11 kampung terbabit susulan ramalan aras sungai hari ini serta status aras air sungai yang diramalkan menaik dan akan melebihi aras bahaya.

“Kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Sungai Pahang di Jerantut diramalkan mengalami banjir,” katanya.

Sementara itu laman sesawang JPS melaporkan tiga sungai di Pahang melepasi paras bahaya masing-masing dua di Jerantut dan satu di Lipis.

Di Jerantut, ia membabitkan Sungai Pahang di Kuala Tembeling dan Sungai Pahang di Jerantut Feri dengan merekodkan bacaan 53.25 meter dan 49.11 meter, manakala Sungai Lipis di Benta dengan bacaan 75.89 meter.

Enam sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis; Sungai Jelai di Jeti Lipis; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Pahang di Waterfront dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang di Bera dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Sejumlah 10 sungai pula melepas paras waspada.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …