HUJAN LEBAT KELANTAN, TERENGGANU ESOK, LUSA. LURUAN MONSUN DIJANGKA 8-14 DISEMBER INI – METMALAYSIA

KUALA LUMPUR: METMalaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dalam tempoh bermula 8 hingga 14 Disember 2024.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan,” kata METMalaysia dalam kenyataan.

Selain itu, berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang 3 Disember hingga awal pagi, 4 Disember 2024.

Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh tersebut.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Lima negeri hujan lebat petang ini

Dalam kenyataan berasingan, METMalaysia berkata ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda lima negeri sehingga jam 3 petang hari ini.

Ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Johor.

Di Pahang, kawasan yang terlibat adalah Pekan dan Rompin manakala di Selangor, ribut petir dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, dan Sepang.

Negeri Sembilan turut terjejas di kawasan Seremban, Port Dickson, dan Rembau.

Di Johor, kawasan yang diramalkan mengalami ribut petir adalah Segamat dan Mersing.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan aktiviti luar sehingga keadaan cuaca kembali stabil.

sumber: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …