46 PTI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG

PULANG: Sebahagian PTI yang dihantar pulang ke negara asal.

KOTA KINABALU: Seramai 46 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Terminal Feri Tawau.

Semua PTI yang ditahan di Depot Imigresen Sandakan itu dipindahkan menggunakan pengangkutan feri Francis Express ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib berkata, penghantaran pulang ini membabitkan seramai 41 lelaki, lima wanita berusia lingkungan 18 hingga 74 tahun.

“Ini adalah program pemindahan siri 21 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing.

“Semua PTI yang ditahan di Depot Imigresen ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media.

SH Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Katanya, Januari 2024 hingga kini seramai 2,651 tahanan warga Indonesia sudah dihantar balik dan menjadikan jumlah keseluruhan PTI dihantar pulang mencecah 7,927 orang.

“Semua tahanan PTI ini akan disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang dilakukan,” katanya.

SH Sitti Saleha berkata, kekerapan pelaksanaan program pemindahan tahanan PTI oleh JIM Sabah adalah tertakluk dengan jalinan hubungan kerjasama dan komitmen daripada pihak kedutaan asing di Malaysia.

“Operasi pemindahan tahanan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan JIM Sabah yang dijalankan dari semasa ke semasa bagi semua tahanan yang ditempatkan di depot-depot imigresen di Sabah.

“JIM Sabah akan terus melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Semua agensi penguatkuasaan di Sabah juga akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia”
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut