HUBUNGAN SABAH DAN KOREA SELATAN LEBIH ERAT

ALBUM: Christina (tengah), Yoon (dua kanan), Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah (dua kiri) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Festival Kebudayaan Korea 2024 menandakan permulaan pengenalan budaya Korea yang lebih meluas di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, acara itu merupakan batu loncatan untuk inisiatif masa depan yang pasti akan merapatkan lagi hubungan diantara kedua-dua negara.

“Selain itu, ia memberikan sumbangan bermakna kepada kepelbagaian budaya di Sabah, sebuah negeri yang telah lama menjadi contoh cemerlang bagi kehidupan aman dan harmoni.

“Lebih penting lagi, Festival Kebudayaan Korea menjadi pemangkin untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara Korea dan Sabah dalam pelbagai sektor, termasuk ekonomi, pembangunan sosial dan budaya,” katanya ketika melancarkan festival berkenaan pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata,  walaupun komuniti Korea di Sabah agak kecil iaitu sekitar 1,000 orang. Namun, komuniti ini akan terus berkembang menjadi sebuah komuniti yang berkemampuan, aktif dalam pembangunan masyarakat tempatan dan memberikan pengaruh positif.

Menurutnya, penubuhan Konsulat Korea pada tahun lepas di sini telah membuka jalan untuk hubungan yang lebih mendalam dan kerjasama yang lebih erat antara Korea dan Sabah.

“Ia memberikan peluang besar kepada masyarakat tempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti Korea serta mempelajari lebih lanjut mengenai budaya mereka.

“Daripada muzik dan tarian kepada makanan dan permainan, kita dapat menyaksikan kesan global budaya Korea dan mengalaminya secara langsung di sini,” katanya.

Sementara itu, Konsul Jeneral Konsulat Republik Korea di Kota Kinabalu, Yoon Ockchae berkata, pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) serta penaja lain atas sokongan mereka.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut