TPM LAWAT MANGSA BANJIR DAN TANAH RUNTUH DI TERENGGANU

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di Kuala Terengganu untuk meninjau keadaan banjir yang sedang melanda negeri ini dalam lawatan 1 hari pada 30 Nov 2024 (Sabtu)
Setibanya di sini, TPM telah mendengar taklimat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkenaan situasi terkini.
Fenomena banjir kali ini diburukkan lagi dengan kejadian air pasang besar yang berlaku semalam. Berdasarkan laporan terkini, amaran hujan berterusan telah dilanjutkan sehingga 1 Disember 2024.
Setakat ini, daerah paling terjejas adalah Besut dengan 16,198 mangsa, diikuti oleh Hulu Terengganu dengan 7,579 mangsa. Sebanyak 14 stesen cerapan telah mencatatkan paras air melepasi tahap bahaya di 7 lembangan utama di negeri ini.
TPM meneruskan perjalanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Nibong, Kuala Berang. PPS ini menjadi lokasi pertama lawatan saya hari ini, dengan jumlah penghuni seramai 265 orang daripada 91 Ketua Isi Rumah. TPM berpeluang melihat sendiri semua kemudahan yang disediakan untuk mangsa banjir dan juga melihat kerjasama yang baik antara semua agensi dan rakyat yang bersama-sama memastikan semuanya berjalan lancar.
Ketika waktu makan tengah hari, TPM berkesempatan untuk menjamah makanan bersama penghuni PPS di sini, dengan menu sardin dan ulam kampung yang cukup sederhana tetapi Alhamdulilah amat menyelerakan bagi beliau. Dalam perbualan santai bersama penghuni PPS, TPM sempat bertanyakan keadaan serta kebajikan mereka di PPS ini. TPM juga menitipkan pesanan kepada semua penghuni agar sentiasa menjaga kebersihan, terutamanya dalam keadaan sekarang yang memerlukan perhatian lebih terhadap kesihatan.
TPM juga mengambil kesempatan untuk menziarahi mangsa tanah runtuh di Kg. Bukit Apit. Beliau melahirkan rasa sedih apabila bertemu ibu kepada Allahyarhamah Puteri Sajidah binti Azman, 16 tahun dan adiknya, Allahyarhamah Siti Fatimah binti Azman, 13 tahun yang telah meninggal dunia akibat tragedi tanah runtuh semalam.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut