PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) SISWA KOLEJ VOKASIONAL BERSAMA MKN SABAH

LAHAD DATU : Pihak MKN Sabah dengan kerjasama pengurusan Kolej Vokasional Lahad Datu telah menganjurkan Program CBSM Siswa Bersama MKN Sabah dengan penglibatan hampir 140 orang yang meliputi pelbagai bidang pengajian.

Fokus dan tumpuan program ini diberikan kepada golongan siswa yang terdiri daripada golongan belia yang merupakan lapisan masyarakat yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Penekanan konsep berkaitan keselamatan diharap dapat diterapkan di dalam jiwa belia dalam menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar.

Pengisian program dimulakan dengan aktiviti Sukan Komuniti Siswa dengan beberapa acara yang dipertandingkan iaitu acara Bola Tampar dan Bola Sepak. Program diteruskan dengan Bicara Santai DKN yang telah disampaikan oleh Puan DSP Juaraimah binti Ismail, Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Keselamatan Negeri, MKN Sabah. Seterusnya sesi interaktif bersama siswa diisi dengan aktiviti Ice Breaking, permainan Radio Rosak, Latihan Dalam Kumpulan (Menara Bendera), Penyediaan Video Content Creation DKN dan Kuiz Kahoot.

Kemuncak program adalah pembentangan kumpulan melalui aktiviti Video Pendek DKN : Content Creation. Sebanyak sepuluh (10) pembentangan daripada setiap kumpulan telah membentangkan hasil kreativiti video masing-masing dan telah mendapat ulasan dan komen panel yang terdiri daripada YBhg. Tuan Ahmad Fakhrurazi bin Haji Hamzah (Pengarah Kolej Vokasional Lahad Datu) dan Puan Ranimah binti Putra (Ketua Penolong Pengarah MKN Sabah). Hadiah turut diberikan kepada pemenang setiap aktiviti sebagai dorongan dan galakan kepada para peserta.

Penganjuran program ini dilihat telah mencapai objektif yang disasarkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak pengurusan Kolej Vokasional dan semua siswa terlibat yang telah merealisasikan serta menjayakan program ini.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut